TAHAP 1
- SAINS SOSIAL
Buku ini menerangkan tentang pelbagai jenis robot pada masa hadapan dan kegunaan robot dalam pelbagai bidang.
Judul ini memaparkan maklumat tentang penemuan fosil hidupan purba, iaitu dinosaur. Judul ini turut menyajikan data tentang kejadian fosil, tentang spesies dinosaur, menjejak kesan dinosaur, ciri-ciri dinosaur, ahli saintis yang mengkaji dan menemukan jejak dinosaur, tapak-tapak tinggalan habitat dinosaur, jenis-jenis dinosaur dan sebagainya.
Judul ini memuatkan maklumat tentang kegunaan kertas serta produk yang terhasil daripada kertas. Selain itu, judul ini juga memaparkan proses penghasilan kertas yang bermula daripada penebangan pokok hinggalah kepada penghasilan pulpa di kilang kertas, pemprosesan kertas yang dikitar semula, produk daripada kertas kitar semula, manfaat kitar semula, pembaziran dalam penggunaan kertas, dan bagaimana untuk menggunakan kertas yang terbuang.
Judul ini berkisar tentang kota yang meliputi aspek tentang kota-kota zaman silam yang telah lenyap, kelangsungan hidup di kota, kota-kota moden, hiburan dan keseronokan di kota, menjaga kebersihan kota, ciri-ciri pengangkutan di kota, taman haiwan di kota, kehidupan golongan kaya dan golongan miskin di kota, dan sebagainya.
- SAINS
Buku ini menerangkan tentang perkembangan sejarah roda yang digunakan pada kenderaan. Bermula daripada kereta kuda, kereta, sehinggalah kepada penciptaan kapal terbang dan pengangkutan moden yang lain seperti LRT dan monorel.
Buku ini menerangkan tentang batuan dan mineral yang terdapat di dalam perut bumi, dan bagaimana terbentuknya batuan dan mineral tersebut. Antaranya termasuklah batuan igneus, batuan matamorfosis, dan batuan enapan.
Buku ini menerangkan tentang sumber tenaga yang terdapat di bumi. Antaranya termasuklah minyak dan gas, tenaga nuclear, tenaga geoterma, tenaga angin, tenaga suria, dan bahan api bio.
Buku ini menerangkan tentang cuaca empat musim, iaitu musim bunga, musim luruh, musim panas, dan musim sejuk. Menerangkan juga tentang kejadian kemarau, banjir, ribut taufan, pergerakan ombak, dan bencana akibat daripada perubahan cuaca.
- SEJARAH ALAM SEMULA JADI
Buku ini berkisar tentang aspek-aspek binaan tubuh badan yang meliputi struktur tulang, otot, pernafasan, makanan untuk tenaga, pusat kawalan anggota badan, aspek deria, kelahiran, dan perkembangan tubuh badan manusia.
Buku ini menerangkan segalanya tentang haiwan reptilia, iaitu daripada telur, kulit atau cangkerang, sifat-sifat reptilian, dan sebagainya. Contoh reptilia ialah buaya, cicak, ular, kura-kura, dan penyu.
Buku ini berkisar tentang spesies burung sama ada burung-burung di darat
mahu pun burung-burung di laut. Selain itu, buku ini turut memuatkan ciri-ciri yang ada pada burung, aspek anatomi burung, dan tentang burung-burung yang terancam.
Buku ini menjelaskan tentang dunia yu yang tinggal di laut. Antaranya termasuklah tentang ciri-ciri yang ada pada ikan yu, jenis-jenis yu, makanan dan habitat ikan yu dan sebagainya.
TAHAP 2
- SAINS SOSIAL
Buku ini menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan sampah, bagaimana sampah diuruskan, sampah yang boleh dikitar semula dan bagaimana caranya, kepentingan kitar semula, kompos dan seterusnya bagaimana kita dapat memelihara alam sekitar.
Buku ini membawa pembaca menerokai struktur-struktur terhebat di dunia secara terperinci termasuklah terowong, terusan, patung, empangan, bangunan, menara, monumen, pencakar langit dan lain-lain lagi.
Buku ini menjelaskan tentang kepentingan air bagi segala hidupan, kitaran air, perubahan cuaca, bencana alam yang berkaitan air, pencemaran air, pengumpulan air, pemprosesan air, penggunaan air, dan pemeliharaan air.
Buku ini membongkar tentang bahan-bahan arkeologi, dan proses mendapatkannya serta penjelasan yang terperinci tentang manusia terawal, kota terawal, binaan-binaan manusia termasuk makam, bahan arkeologi di dalam laut, kebenaran dan mitos, serta tapak warisan terhebat.
- SAINS
Buku ini mengisahkan segala-galanya tentang cuaca yang melampau termasuklah malapetaka alam semula jadi seperti pergerakan dan kemusnahan oleh ribut, taufan, kilat, kebakaran hutan, hujan batu, runtuhan salji, banjir, kemarau, dan sebagainya.
Buku ini membawa pembaca meneroka alam semesta, memahami teori letupan besar, sistem suria, matahari, bulan, planet-planet, dan segala yang ada di angkasa.
Buku ini tentang teknologi dan rawatan, termasuklah tajuk kemalangan dan kecemasan, pemeriksaan pesakit, melihat bahagian dalam pesakit, rawatan, pembedahan, penggantian anggota badan, rawatan untuk organ badan, transplan, perkembangan teknologi rawatan, dan lain-lain lagi.
Buku ini membongkar tentang rahsia di dalam bumi yang dapat mencetuskan api. Pembongkaran bermula dengan pembentukan bumi, pelanggaran yang berlaku, kawasan titik panas, dan seterusnya letusan gunung berapi. Seterusnya, pembongkaran tentang lava dan abu dari gunung berapi, kajian mengenai gunung berapi, beberapa kejadian letusan gunung berapi yang dahsyat, dan beberapa fakta gunung berapi.
- SEJARAH ALAM SEMULA JADI
Buku ini membongkar tentang kuman, bakteria, virus, sistem imunisasi yang melawan kuman, tindak balas tubuh, darah, demam, dan alahan, serta wabak penyakit yang membawa maut, vaksin, dan antibiotik.
Buku ini menjelaskan tentang dunia serangga seperti kumbang, lalat, lebah dan tebuan, rama-rama dan kupu-kupu, serangga di air, termasuklah kitaran hidup serangga, deria yang peka, pergerakan, menyerang dan bertahan, dan lain-lain lagi.
Buku ini menjelaskan kehidupan di pinggir laut, gelombang, pasang surut, arus di laut, pantai berpasir, rimba kelpa, pantai berbatuan, kolam berbatu, kawasan muara, terumbu karang, serta tentang burung pantai dan hidupan di pinggir laut. Ada juga penjelasan tentang pemeliharan kawasan pantai dan laut. Buku ini menjelaskan tentang mamalia, mamalia purba, biologi mamalia, sifat mamalia, karnivor, penghuni laut, fakta yang menarik tentang mamalia, pengkelasan mamalia, dan lain-lain lagi.
TAHAP 3
- SAINS SOSIAL
Buku ini menerangkan tentang kepentingan dan kegunaan wang kepada manusia. Sejarah kemunculan wang, jenis-jenis wang sejak dahulu hingga kini, dan institusi perbankan. Terdapat juga cara-cara pembuatan wang.
Buku ini menerangkan tentang harta karun yang menjadi buruan banyak orang. Antaranya termasuklah tentang khazanah peninggalan tamadun purba, tempat-tempat yang banyak ditemukan harta karun, juga pencari-pencari harta karun yang kaya-raya.
Buku ini menerangkan tentang kawasan kutub yang dipenuhi dengan ais dan hidupan yang tinggal di situ. Tentang sebab-sebab pencairan ais dan ancaman terhadap hidupan di Antartik. Berkisar juga tentang pemanasan bumi dan peningkatan air laut.
Buku ini menerangkan tentang kepelbagaian tumbuhan dan hidupan yang terdapat di hutan hujan. Antaranya termasuklah lapisan-lapisan pokok, kitaran hidup hidupan, dan habitat segala jenis haiwan serta faedah yang didapati dari hutan hujan ini.
- SAINS
Buku ini menerangkan tentang kehebatan lautan dan apa-apa yang terdapat di bawah laut. Antaranya termasuklah beberapa zon di bawah air dan hidupan laut yang tinggal di situ. Buku ini juga menerangkan tentang keadaan dan gangguan semula jadi yang berlaku terhadap lantai laut, serta penyelidikan dan teknologi terkini di dasar laut.
Buku ini menerangkan tentang keadaan kehidupan seharian di Stesen Angkasa Antarabangsa
Buku ini menerangkan tentang peristiwa tercetusnya sesuatu penciptaan. Antara penciptaan itu termasuklah enjin wap, lampu elektrik, mesin jahit, telefon, kalkulator mekanikal, dan telegraf.
Buku ini menerangkan tentang teori tenaga dan jirim yang digunakan dalam kehidupan manusia. Antaranya termasuklah daya, tenaga, gerakan, graviti, geseran, kemagnetan, dan elektrik statik.
- SEJARAH ALAM SEMULA JADI
Buku ini menerangkan tentang rantaian makanan yang berlaku dalam kalangan haiwan untuk terus hidup. Buku ini menerangkan juga tentang senjata haiwan pemangsa, cara haiwan mempertahankan diri, memburu dalam satu kumpulan dan sebagainya.
Buku ini menerangkan tentang fungsi otak sebagai pusat kawalan tubuh, kepentingan setiap bahagian otak, dan kesihatan otak.
Buku ini menerangkan tentang percambahan dan pertumbuhan sesuatu benih menjadi hutan. Tentang kepentingan akar dan kulit pada pokok, proses fotosintesis, jenis-jenis hutan. Antaranya termasuklah hutan tropika, hutan beriklim sederhana, hutan buatan manusia, dan lain-lain lagi.
Buku ini menerangkan tentang kemusnahan habitat dan kepupusan haiwan liar. Antara punca-puncanya termasuklah perburuan haram, masalah pencemaran, dan perubahan cuaca. Menerangkan juga tentang pemuliharaan spesies yang terancam.
TAHAP 4
- SAINS SOSIAL
Buku ini menerangkan ancaman yang dihadapi bumi ekoran bencana alam serta langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menangani ancaman tersebut. Bencana alam yang berlaku telah meletakkan bumi dalam keadaan yang terancam. Antara ancaman tersebut termasuklah kesan rumah hijau, hujan asid, kenaikan paras air laut, banjir, gelombang panas, dan sebagainya. Buku turut memuatkan maklumat tentang penggunaan tenaga alternatif yang kurang mencemar alam.
Buku ini berkisar tentang DNA. Antara aspek yang dipaparkan dalam buku ini termasuklah fakta-fakta genetik, penemu-penemu terkemuka tentang genetik, gen dan keturunan, replikasi DNA, kromosom, dan mutasi.
Buku ini menerangkan maklumat tentang pengintip dari aspek peranan dan tugasnya. Selain itu, buku ini turut memaparkan sejarah pembabitan pengintip dalam pentadbiran sesebuah negara, pengintip-pengintip ternama yang dikehendaki, peralatan yang digunakan untuk mengintip, badan-badan pengintipan yang terkemuka, serta kaedah-kaedah pengintipan yang digunakan pada hari ini.
Judul ini memaparkan maklumat tentang penghuni di planet bumi. Merangkumi aspek populasi penduduk bumi, bandar-bandar utama dunia dengan populasi penduduknya, migrasi penduduk antara negara, masalah-masalah yang melanda golongan kanak-kanak di serata dunia, masalah-masalah ekoran pertambahan penduduk, dan sebagainya.
- SAINS
Judul ini berkisar tentang rangkaian perhubungan komunikasi di serata dunia menerusi komputer dan telefon. Selain itu, turut dipaparkan tentang sejarah komunikasi dan peringkat perkembangan peralatan komunikasi, fungsi-fungsi telefon dan telefon pintar, kepentingan rangkaian perhubungan, jenayah dalam dunia komunikasi dan garis masa perkembangan rangkaian komunikasi.
Buku ini berkisar tentang bumi dan lapisan bumi yang tidak kukuh. Hal ini menyebabkan gempa bumi sering berlaku. Oleh sebab itu, pelbagai usaha dilakukan agar kadar gempa bumi dapat diukur, dijangkakan waktu gempa itu akan berlaku, dan usaha yang perlu dilakukan ketika gempa bumi berlaku.
Buku ini berkaitan dengan kejadian alam. Menerangkan tentang fungsi dan kepentingan hujan, , petir, daratan, sungai, lautan, aisberg, udara, bintang, dan sebagainya kepada alam dan penghuninya.
Judul ini berkisar tentang bulan dan misi manusia ke bulan. Antara perkara yang dimuatkan dalam judul ini termasuklah sejarah perlumbaan manusia ke angkasa lepas, peringkat-peringkat penerokaan manusia ke bulan, kapal-kapal angkasa yang digunakan semasa misi ke bulan, dan ciri-ciri fizikal di bulan.
- SEJARAH ALAM SEMULA JADI
Judul ini berkisar tentang lautan-lautan utama yang terdapat di bumi. Ciri-ciri lautan seperti aspek arus, ombak, pasang surut ada dibincangkan. Antara maklumat penting lain yang dipaparkan juga termasuklah tentang suhu lautan, hidupan dan habitat di dalam lautan, zon laut cetak dan zon laut dalam, hasil bumi di dasar laut, suhu dan iklim lautan serta ancaman terhadap lautan.
Judul ini memuatkan maklumat tentang haiwan-haiwan daripada spesies kucing seperti harimau, singa, jaguar, cheetah, dan sebagainya. Selain itu, turut memuatkan maklumat tentang spesies-spesies kucing yang terancam.
Buku ini berkisar tentang keadaan di Artik dan Antartika. Keadaan suhunya yang di bawah paras beku ,sering bersalji, dan kurang mendapat cahaya matahari, menyebabkan tumbuh-tumbuhannya unik. Tumbuh-tumbuhannya dapat tumbuh hanya selama 50 hingga 60 hari sahaja. Haiwan-haiwan di kawasan ini adalah pelbagai. Antaranya, Karibu, Ox kutub,walrus, beruang kutub, dan sebagainya.
Judul ini memuatkan maklumat tentang penghijrahan haiwan-haiwan sama ada haiwan di darat, di lautan, dan di udara. Haiwan-haiwan tersebut termasuklah dari jenis mamalia, burung, serangga, ikan dan sebagainya yang berhijrah dari suatu kawasan ke suatu kawasan atau dari suatu benua ke suatu benua yang berpuluh-puluh ribu kilometer jauhnya.